Ahad, 2 April 2017

 Kewujudan haiwan merupakan sebahagian daripada evolusi alam. Kerakusan manusia menyebabkan sebahagian besar spesies haiwan pupus begitu sahaja. Setiap detik dan saat, jumlah spesies terancam seluruh dunia meningkat disebabkan tindakan manusia memburu haiwan sekali gus menghilangkan habitat semula jadi.






           HAIWAN YANG TELAH PUPUS

Banyak haiwan yang telah pupus akibat perbuatan manusia.Manusia memburu hanya untuk mendapatkan kulit,bulu dan sebagainya.antara haiwan yang telah pupus ialah:



1. Tyrannosaurus Rex ( Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu )

Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.



2.Caspian Tiger ( Pupus sejak 1990an )




Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.


3.Caucasian Bison ( Pupus sejak 1927 )

Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison.


4. Giant Aye-aye ( Pupus sejak 1930 )

Giant Aye-aye adalah subspesis kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur monyet dan kera. Spesis ini pernah berhabitat di kepulauan Madagaskar sejak 1000 tahun lampau. Spesis ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiharkan pupus sejak daripada itu.



5. Dodo ( Pupus sejak lewat abad ke-17 )




Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus. 

6. Aurochs ( pupus sejak 1627 )



Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.


7.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger ( pupus sejak 1936 )


Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.


8.Syrian Wild Ass ( Pupus sejak 1927 )



Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.


9.Javan Tiger ( Pupus sejak 1980-an )

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.



10. Tarpan ( Pupus sejak 1919 )
Tarpan juga dikenali Eurasian Wild HouseIa adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.





Kini banyak lagi haiwan yang diancam kepupusan akibat pembalakan,pemburuan haram, kebakaran hutan, pencemaran, peningkatan suhu dunia dan sebagainya. Di antara haiwan yang sedang diancam kepupusan adalah seperti di bawah:

1.FENNEC FOX



FENNEC FOX YANG MENDIAMI KAWASAN AFRIKA UTARA DAN TIMUR TENGAH INI MASIH LAGI BELUM DIANGGAP SEBAGAI HAIWAN YANG TERANCAM NAMUN HABITAT MEREKA MENERIMA ANCAMAN DARI AKTIVITI PERLANCONGAN DAN PEMBANGUNAN.

TELINGANYA YANG BESAR MEMBANTU UNTUK MEMBURU PADA WAKTU MALAM DENGAN BERFUNGSI UNTUK MENDENGAR PERGERAKAN MANGSA DI BAWAH TANAH DAN MENYEJUKKAN BADAN DARIPADA HABA PADANG PASIR.


2. MANDARIN DUCK


MANDARIN DUCK YANG MENDIAMI ASIA TIMUR INI SAMA SEPERTI BURUNG MERAK DI MANA HANYA YANG JANTAN MEMPUNYAI BULU-BULU YANG COLOURFUL MANAKALA SI BETINA HANYA BERWARNA PLAIN. WALAUPUN AKTIVITI PEMBANGUNAN TELAH MENGURANGKAN SPESIS ITIK INI NAMUN IANYA MASIH LAGI BOLEH DIJUMPAI DI BEBERAPA KAWASAN DI ASIA TIMUR. MENURUT BBC, ITIK INI SALAH SATU JENIS ITIK YANG TIDAK DIBURU UNTUK DIMAKAN KERANA RASANYA YANG SANGAT TIDAK SEDAP.

3. SLOW LORIS


BERASAL DARI INDONESIA, SLOW LORIS DARI SPESIS KOKANG DIBURU HINGGA HAMPIR PUPUS KERANA KONONNYA DAGINGNYA YANG DIKATAKAN BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT DAN MEMPUNYAI NILAI-NILAI SPIRITUAL.

KOKANG INI MEMANG NAMPAK SANGAT COMEL TAPI SEPERTI GADIS-GADIS COMEL YANG MAMPU MEMATAHKAN HATI PARA JEJAKA, SLOW LORIS INI MERUPAKAN SATU-SATUNYA KELUARGA BERUK YANG BERBISA.

IA MENYIMPAN RACUN DI DALAM KANTUNG PADA BAHAGIAN SIKU DAN MENYERANG MANGSANYA DENGAN CARA YANG SANGAT AWESOME IAITU DENGAN MENYEDUT RACUN TERSEBUT KE DALAM MULUT DAN BERKUMUR SEBELUM MELANCARKAN SERANGAN GIGITAN BERBISA

4. BELUGA WHALE



IKAN PAUS BELUGA YANG TERKENAL KERANA CIRI-CIRI BONJOLAN PADA KEPALANYA DAN BERWARNA PUTIH INI MENURUT KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT MENGALAMI ANCAMAN DI HABITATNYA DI ALASKA.

DIANGGARKAN HANYA KIRA-KIRA 100,000 EKOR YANG TINGGAL DI HABITAT LIAR BAGI SALAH SATU SPESIS IKAN PAUS TERKECIL INI.

5. BLACK FOOTED FERRET


BERASAL DARIPADA SALAH SATU KELUARGA MUSANG, BLACK FOOTED FERRET INI DIANGGAP TERANCAM OLEH IUCN.

MALAHAN, BINATANG INI PERNAH DIISYTIHARKAN PUPUS PADA TAHUN 1979, SEBELUM DUA TAHUN KEMUDIAN SEBILANGAN KECIL TELAH DIJUMPAI DI WYOMING, AMERIKA SYARIKAT.

USAHA-USAHA PEMULIHARAAN YANG GIAT DIJALANKAN TELAH MENDATANGKAN HASIL DENGAN LEBIH KURANG 1000 EKOR BERJAYA DIBIAKKAN, MENJADIKANNYA ANTARA USAHA PEMULIHARAAN HAIWAN TERANCAM PALING BERJAYA DI AMERIKA SYARIKAT.

6. GRAY GENTLE LEMUR

GRAY GENTLE LEMUR, SALAH SATU SPESIS LEMUR INI MERUPAKAN SALAH SATU SPESIS YANG HANYA BOLEH DIJUMPAI DI MADAGASCAR.

JUGA DIPANGGIL BAMBOO LEMUR, PEMAKANAN HAIWAN INI SAMA SEPERTI NAMANYA IAITU BULUH.

7. HAWAIIAN MONK SEAL

SPESIS MONK SEAL YANG MASIH TINGGAL DI DUNIA, ANJING LAUT INI HANYA TINGGAL KIRA-KIRA 1100 EKOR DI HABITAT LIAR.

DIBURU SEHINGGA BERADA DALAM AMBANG KEPUPUSAN PADA ABAD KE-19, HAIWAN INI KINI DISENARAIKAN SEBAGAI SPESIS YANG DILINDUNGI.

8. MATSCHIE'S TREE KANGAROO

SPESIS KANGAROO POKOK INI HANYA BOLEH DIJUMPAI DI KAWASAN HUTAN HUJAN DI AUSTRALIA, PAPUA BARAT DAN PAPUA NEW GUINEA, PADA KETINGGIAN KIRA-KIRA 11,000 KAKI.

TIDAK SEPERTI KANGAROO YANG BIASA, SPESIS INI TINGGAL DI ATAS POKOK DAN BERGAYUT DARI SATU POKOK KE POKOK YANG LAIN DENGAN MENGGUNAKAN ANGGOTA BADANNYA YANG KUAT.

DISEBABKAN HABITATNYA YANG TERHAD, IUCN MENGANGGAP KANGAROO POKOK INI BERADA DALAM AMBANG KEPUPUSAN.

9. IBERIAN LYNX


IBERIAN LYNX YANG BERASAL DARI SEPANYOL DAN PORTUGAL INI DIKHABARKAN BAKAL MENJADI SPESIS KUCING PERTAMA BAKAL PUPUS SEJAK 2000 TAHUN YANG LEPAS, YANG KINI MENJADI KEBIMBANGAN WWF. APA YANG LEBIH MEMBIMBANGKAN IALAH DISEBABKAN OLEH PEMBANGUNAN MANUSIA DAN KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL, HANYA TERDAPAT KIRA-KIRA 38 EKOR IBERIAN LYNX BETINA YANG MASIH TINGGAL UNTUK MEMBIAK.

10. GIANT PANDA

DIPERCAYAI HANYA TINGGAL KIRA-KIRA 3000 EKOR DI HABITAT LIAR. WALAUPUN PELBAGAI USAHA GIAT DIJALANKAN, NAMUN PANDA INI TIDAK MAMPU UNTUK MEMBIAK DENGAN BAIK KETIKA BERADA DALAM KURUNGAN DAN DI HABITAT LIAR, IANYA TERDEDAH KEPADA ANCAMAN PEMBURUAN HARAM.


11. GORILA GUNUNG

Jumlah populasi haiwan ini pun turut terus berkurang akibat pembalakan liar, aktiviti pemburuan , dan perdagangan haiwan haram. Saat ini, jumlah Gorila Gunung yang mampu hidup di kawasan dingin ataupun panas ini hanya ada 720 ekor yang tersebar di wilayah Uganda.



12. TAPIR MALAYAN




Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir / cipan / tenuk / badak tampung yang paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini kerana warna nya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk melakukan proses penyamaran. Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!